
assalamualaikum wbt dan salam ukhuwah
tanggal 2 januari 1990 merupakan tarikh lahir aku yang ke-20. pada 2 jan tu jugak aku telah berangkat pergi meninggalkan rumah aku untuk menyambung pengajian aku di IPG bagi sem 2. hari yang agak penat namun dalam kepenatan hati aku sangat tersentuh dengan ucapan-ucapan sms yang di kirim oleh keluarga dan sahabat2 aku. Sehari sebelum besday aku, ibu ada bagi aku sepasang kain. "terima kasih ibu" ...aku tidak mengharap hadiah darimu, cuma sekalung doamu yang sentiasa mengiringi setiap langkah perjalananku.
Tidak lupa juga ucapan selamat dari ayahndaku dan abg2ku... Kata ayah: 'salam.selamat hari lahir cah yang ke20, semoga mendapat taufik dan hidayah sentiasa. AMIN'. Abg ju pula:'salam selamat hari lahir ke20 n hepi new year, moga panjang umur, diperbayakkan ilmu dan menjadi wanita solehah...' Abg mir:'selamat hari lahir ke20. moga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat serta keredhaan-Nya.. dan banyak lagi msg yg aku terima dari sahabat2ku... syukur ku panjatkan padaMU Ya Allah, kerana aku dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa menyayangi aku...
Kini aku telah melangkah setapak untuk memasuki peringkat alam dewasa. sudah 20 rupenya.. cuma yang paling aku bimbang, umurku yang sekian hari bertambah namun amalan aku langsung tidak bertambah...nauzubillah....peliharakanlah diriku ya Allah dari segala perkara yang membawa kepada kemungkaran dan jadikanlah aku hambaMu yang taat akan segala perintahMu..amin..


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment