بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nam Allah yg maha Pemurah lagi maha Pengasihani...,
Kurafa'kan seinfiniti kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kenikmatan yg paling agung dan terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman...
Juga tidak lupa Selawat serta Salam buat junjungan terbesar Baginda Rasulullah SAW serta para sahabat juga ahlul bait...
' Kau masih tersenyum mengubat lara...Selindung derita yang kau rasa..Senyuman yang mententeramkan...Setiap insan yang kebimbangan...Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita..Di pangkuan isterimu Humaira...Menunggu saat ketikanya..Diangkat rohmu bertemu Yang Esa...Tangan dicelup di bejana air...Kau sapu di muka mengurangkan pedih..Beralun zikir menutur kasih...Pada umat dan akhirat...Dan tibalah waktu ajal bertamu...Penuh ketenangan jiwamu berlalu...Linangan air mata syahdu....Iringi pemergianmu...Oh sukarnya untuk umat menerima...Bahkan payah untuk Umar mempercaya...Tetapi iman merelakan jua...Bahawa manusiakan mati akhirnya...Tak terlafaz kata mengungkap hiba...Gerhanalah seluruh semesta...Walaupun kau telah tiada...Bersemarak cintamu selamanya...Ya Rasulallah...Kau tinggalkan kami warisan yang abadi....Dan bersaksilah sesungguhnya...Kami merinduimu...'
Begitulah bait2 lagu Pemergianmu yg telah dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Inteam.... mendengar lagu itu sudah cukup meruntun dan menyentuh hatiku betapa kecintaan Baginda Rasulullah terhadap umatnya...sehinggakan di saat akhir hayat Baginda tetap menyebut2 "ummati...ummati..ummati.." Namun...sejauh mana penghayatan yg kita semaikan dalam manifestasi kita terhadap kecintaan pada Baginda Rasulullah SAW??? Adakah kita amalkan segala sunnah baginda yg telah baginda tinggalkan...? kelaziman yg biasa kita lihat tanggal 12 Rabiul Awal masyarakat Islam khususnya di Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Selawat, Perarakan, Marhaban, berzanji dan sebagainya...tapi adakah kita mengambil IBRAH pada setiap aktiviti tersebut...? Apakah selawat yg selama ini kita lafazkan hanya satu permainan dibibir sahaja...?? Persoalan ini aku tinggalkan untuk kita sama2 berfikir dan bermuhasabah...agar kita tergolong dalam hamba ALLAH yg berfkir...
Teringat aku akan satu msg yg pernah aku terima dari sahabat aku. marilah sama2 kita renungi dan selami cerita ini:
"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenanang air mata Baginda SAW... para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah, apabila ditanya oleh Saidina Abu Bakar RA, baginda mengatakan bahawa baginda amat merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Au Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah SAW, 'bukankah kami ini ikhwanmu?' Rasulullah menjawab 'tidak, kamu adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka..."
Kitakah IKHWAN itu...?????
MUHASABAHLAH wahai ABDULLAH...!!! andai kalian tedak pernah sekalipun menitis air mata kerinduan dan kecintaan pada baginda... betul kah kita ini mata rantai perjuangan Rasulullah SAW???? adakah benar kita berjuang di atas jalan Rasulullah tapi Sunnah Baginda kita abaikan...??
Apakah sikap kita terhadap KEKASIH ALLAH????????
Cintailah Baginda, ahli keluarga dan sahabat Baginda....
SALAM MUHASABAH bersama SALAM MAULIDUR RASUL......
sekian...


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment