Untuk tatapan sahabat semua, aku ulang cetak kembali e-mail tersebut supaya kita sama-sama mengambil ibrah daripadanya....
Utk renungan kita bersama
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu j
umpa jejaka tuIbu kata dia cintakan ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
Dibuang dan tidak dihargai sebegini..
Apakah dosa adik sehingga adik diperlakukan sebegini…
Lebih muliakah kelahiran anak kucing hasil cinta si kucing jantan pada si kucing betina
Daripada kelahiran adik di dunia ini?....
Hina sangatlah kehadiran adik didunia……
Kenapa sehina ini tanda cinta ibu dan jejaka kesayangan ibu tuuuu……..
Adik tidak minta kehadiran adik disanjung setinggi bulan & bintang…
Cukuplah sekadar menghargai kehadiran adik di dunia ini sahaja…..
Sebagai HAMBA ALLAH yg bakal menyambung kesinabungan UMAT MUHAMMAD di muka bumi milik ALLAH ini…….
Ingatlah ibu……..MATI adalah PASTI bagi Setiap Kehidupan Di Dunia iniiiiii…….
Renung renung kanlah !!!
wallahua'lam


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment