BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu!





Assalamualaikum...selawat serta salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW, para sahabat, ahlul bait serta para pejuang di jalan ALLAH yang tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan agama Islam yang tercinta...

Selamat hari ibu buat bonda tersayang walaupun aku terlewat 2 hari, tapi ingatan aku pada bonda tercinta masih lagi kuat. Sememangnya sambutan hari ibu akan disambut sehari dalam setahun sebagai manifestasi rasa sayang kita pada ibu kita. Namun begitu, penghargaan terhadap ibu bukanlah tertakluk pada satu hari sahaja, ia boleh dimanifestasi untuk setiap hari buat ibu kita. Pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat bondaku tersayang, Fazidah binti Othman... Semoga ibu sentiasa dalam rahmat Ilahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas sebagai seorang hamba dan semoga ibu menjadi seorang isteri yang solehah buat ayahnda...aku tidak pandai dalam menyusun kata namun aku punya lagu untuk aku dedikasikan kepada ibu....


Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Apabila aku mendengar lagu ini teringat aku pada satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم


Maksudnya: Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan bahawa ibu adalah insan yang paling penting dalam hidup seseorang individu kerana SYURGA ITU SENDIRI TERLETAKNYA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.... Maka hargailah ibu kita selagi mereka masih lagi hidup dimuka bumi ini dan bagi ibu mereka yang telah meninggal dunia, berdoalah moga mereka tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman dan dikurniakan sebuah kediaman di syurga sana bersama para solihin dan muttaqin....amin
"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Ayah dan ibu tak pernah meninggalkan kita, walaupun ada antara mereka tiada disisi kita. Di setiap saat nadi bernada, disetiap kali nafas dihela, disetiap sudut bayang tercipta, disetiap langkah bumi dipijak, disetiap inci langit dijunjung, disitulah wujud ibu dan ayah yang mengalir menjadi darah dalam diri, bersama kenangan, amanah dan pesanan, juga harapan bahawa mereka teramat ingin melihat kita bahagia..."

0 kata-kata sokongan: