BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, February 13, 2011

Penggegar bumi Mesir dan dunia ISLAM...


Dalam surah Al-Ahzab: 23:

'di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.'

Beliau adalah Al-Imam Hassan Al-Banna

ibarat satu gagasan yg mantap

gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan

tidak pernah mencari keuntungan yg bersifat sementara

justeru, hidupnya amat mudah dan ringkas

menerima dunia dengan penuh bersahaja

tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia

segalanya sekadar yg secukupnya

makan apa yg ada, pakai apa yg ada

tempat tinggalnya sekadar seadanya

hidup serba ringkas

menyerah nasib anak2nya kpd Allah

tiada apa yg ditinggalkan untuk mereka

baginya, segala kbhgiaan dan keseronokan dalam hidup ini

ialah menyampaikan kalimah Allah kpd semua makhluk

meluah sgla ilmu yg tersimpan di dadanya

beliau mahu melihat gagasannya yg mulia

dan...

ideal ini menjadi kenyataan

dan menjadi realiti

yg hidup ditengah masyarakat manusia

menenggelamkan segala kesesatan yg merintangi jalannya

memberikan sinar cahaya kpd dunia ini

apabila semua ini menjadi kenyataan

barulah jiwanya tenang

dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan


Ada seorang wartawan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya."

Justeru beliau pun berseru:

"Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri"


0 kata-kata sokongan: