BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 12, 2011

Bersahaja namun punya nilai



Dengan nama Allah yang memiliki segalanya di muka bumi ini…

Selawat serta salam buat junjungan mulia, Rasulullah saw yang tercinta dan juga ahli bait baginda…

Para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan seterusnya pejuang-pejuang penegak kalimah Allah…

Syukur pada Ilahi dengan segala nikmat yang diberikan..nikmat berada bersama keluarga di saat cuti masih berbaki… bersama ayah dan ibu…bersama kaum keluarga… Aku masih teringat pada kata yang dilemparkan oleh Mother Teresa di saat beliau menerima anugerah Keamanan Nobel pada tahun 1978, ada media bertanyakan apakah resepi beliau dalam menghasilkan dunia yang aman, jawab Mother Teresa, ‘GO HOME AND LOVE YOUR FAMILY’….

Ya, pulangku adalah sebagai titik mula untuk membina dunia yang sejahtera…(‘’,)v! insyaAllah…

Sebut pasal cuti, baru-baru ni aku menonton satu cerita namanya ‘THE CHILDREN OF HEAVEN’.. Cerita ni aku dah pernah tengok masa zaman kecik-kecik dulu. Kini diulangtayang kat channel ALHIJRAH. Cerita yang hanya membangkitkan isu kasut, namun sarat dengan nilai kemanusiaan, kekeluargaan, kasih sayang. Kepada sesiapa yang belum tonton, boleh cari dalam utube ea (‘’,)v.

Jika kita lihat pada point cerita ini hanyalah berkisarkan kepada kasut. Bagaimana Ali, seorang abang yang telah menghilangkan kasut milik adiknya Zahra. Keadaan keluarga yang miskin, membataskan mereka untuk memiliki kasut yang baru. Dalam keadaan yang begitu mereka telah bersepakat untuk berkongsi kasut yang dimiliki Ali dan Zahra menyarung kasut sekolah Ali yang lebih besar dari saiz kakinya pada sebelah pagi dan bersegera pulang selepas waktu sekolah untuk di serahkan kepada Ali yang bersekolah sesi petang. Maka bermulalah episod berlari-lari. Zahra mahu segera menyerahkan kasut kepada Ali. Ali pula tidak mahu lewat tiba walaupun sudah beberapa kali ditangkap kerana lewat. Ini menjadikan Ali berusaha mempercepatkan lariannya supaya tidak di usir dari sekolah.

Suatu hari di sekolah Ali telah mengadakan satu pertandingan larian di mana hadiah bagi pemenang tempat ketiga adalah sepasang kasut. Dengan tekad, Ali menyertai pertandingan tersebut dan menyakinkan Zahra untuk memiliki tempat ketiga dalam larian itu. Namun, pada akhirnya, Ali tidak berjaya mendapat tempat ketiga, malah dia berjaya mendapatkan tempat pertama. Dia begitu kecewa. Namun, kekecewaan itu sebenarnya memberi nilai kepada kita, kerana Allah telah memberi ganjaran yang begitu besar kepada Ali untuk memenangi sesuai dengan usaha yang telah Ali letakkan.

Firman Allah taala:

‘ Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Dalam posisi yang lain, ayahnya iaitu, Karim telah pun membeli sepasang kasut untuk mereka hasil daripada kerja ‘overtime’ yang telah dilakukan.

PERBANDINGAN FILEM DI MALAYSIA

Bagi aku tidak keterlaluan untuk aku membandingkan filem yang ada di Malaysia dan juga filem di luar negara kita. Di Malaysia, isu-isu yang biasa diketengahkan adalah gejala sosial,percintaan, mabuk di pub, lumba haram, kongsi gelap, gangsterism, dadah, ilmu hitam, hantu dan banyak lagi. Semua ini memberi gambaran yang jijik dan kotor kepada masyarakat negara kita. Kadang-kadang ada filem yang langsung tidak punya nilai kemanusiaan yang hanya memaparkan keseronokan duniawi sahaja. Lihat filem tadi, hanya isu kasut, tapi mampu memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya nilai sebuah kasih sayang. Tidak perlu mendedahkan aurat dan perkara-perkara yang lucah, hanyalah isu kekeluargaan, berjaya menarik perhatian kita.

Aku kira sudah banyak filem-filem sebegini dikeluarkan dari luar negara sebagai contoh ‘LASKAR PELANGI’ yang juga memaparkan isu kasih sayang dan ketabahan, namun Malaysia tidak pernah hendak belajar melaluinya. Masih dengan isu yang keterlaluan dan melampau-lampau dengan adegan yang menyakitkan mata. Akibatnya, anak-anak menonton di rumah akan terpengaruh dengan elemen yang tidak sihat. Sepatutnya media perfileman perlu memainkan peranan mereka dalam menyebarkan nilai-nilai yang menjurus kearah kemanusiaan bukannya perpecahan dan keganasan. Jika gejala sosial kian meningkat di negara kita, apakah kita akan berterusan menjadikannya lebih parah? Tidak…peranan kita adalah mencari ubat kepada penyakit dan kewajipan kita untuk mencegahnya sebelum merebak ke seluruh badan. Fikir-fikirkanlah…

Firman Allah:

‘Maka tidakkah kamu berfikir?..... (Surah Al-Baqarah:44)

‘Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah ) bagi kaum yang memikirkan (Surah Al-baqarah:164)

Wallahua’lam~~


0 kata-kata sokongan: