BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 11, 2011

Dua Dimensi Berbeza..


Assalamualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah, bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah…sehingga ke hari ini aku masih dapat merasai keberadaan dalam nikmat islam dan iman…

Tidak lupa pada nikmat peluang yang Allah berikan untuk menjalani ibadat puasa pada bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan dengan nikmat kesihatan yang baik…ya Allah…sesungguhnya Engkau mendengar doa hamba…(T_T)

Dua dimensi berbeza….

namun keduanya adalah anugerah…

pada satu dimensi yang aku yakin mampu membawa risalah ini…

bukannya aku sengaja…

membiarkan dimensi lainnya pergi…

kekuatan yang aku miliki semuanya daripada Yang Maha Kuasa…

aku pernah mencuba…dan terus mencuba…

menjadikan kalian yang terbaik…

membuatkan kalian mengenal apa itu islam sebenar…

menjadikan Islam itu satu cara hidup…

dan aku tahu…kalian sememangnya mengerti semua itu…

aku pohon pada Allah Yang Maha Mengetahui…

agar sentiasa melindungi, menyayangi, merahmati kalian yang aku cintai….

Maafkan aku jika kalian terabai…

Tidak peduliku, bukanlah bermaksud aku membenci…

Tapi aku amat menyayangi…

Berusahalah…untuk menjadi muslim yang sebenarnya…

Doaku sentiasa ada untuk kalian….

Pada dimensi yang aku yakin…

Teruskanlah perjuangan…

Maafkan aku jika aku tidak sempurna pada mata kalian…

Dalam membantu kalian memahami Islam yang sebenar…

Keyakinan yang terpasak…perteguhkanlah…

Kerana dihadapan kalian akan muncul pelbagai mehnah dan ujian…

Di sinilah Allah akan menguji tahap keikhlasan dan kata-kata kita dalam menegakkan perjuangan untuk islam….

Kalianlah mata rantai islam yang akan menyambung risalah yang di bawa oleh Rasulullah tercinta…

Jangan bimbang…kita langkah bersama…

agar nanti pabila aku terjatuh, aku masih ada kalian untuk membantuku…

atau mungkin pabila aku telah menyahut seruan Ilahi, kalian tetap akan meneruskannya…

dua dimensi yang berbeza…

sesungguhnya aku menyayangi kalian…

kedua-duanya…

kerana bagiku…kalian adalah AMANAH dari ALLAH Yang Esa...


0 kata-kata sokongan: