Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku dunia dan akhirat...
Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya " Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
Di sini aku kongsikan maksud bait-bait syair yang begitu menyentuh hati...

Boleh tekan link ini untuk dengar
Jika Tuhan bertanya kepadaku....
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan...
seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selama-lamanya..
seakan mati tidak menemuiku...
dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri...
Nah!...sekarang siapa yang mampu melindungiku...
aku melihat pada wajah-wajah...
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akanku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akanku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! adakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah
yang mneyeruku...?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan
dalam surah Qaf dan Yasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimunan dan hari deen (Qiyamah)...?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku...?
Maka ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat!
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas PengampunanNYA
dan yang membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU
maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikanku)
dan ringankan (percepatkan) hisabku
kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban...
Allahu Allah...
moga cebisan ini dapat memberi manfaat pada kita untuk sentiasa mengingati mati...ingatlah, selagi kita mengemudi bahtera di dunia, jangan pernah sesekali membiarkan bahtera kita karam ditengah lautan...kita punya destinasi..untuk menuju ke negeri akhirat YANG KEKAL ABADI....
"Ya Allah, terimalah segala amalan kami...moga ia menjadi pemberat tatkala al-mizan sedang dipertarungkan"
Amin....

0 kata-kata sokongan:
Post a Comment