BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 26, 2012

Pedulisme atau tidak pedulisme???


Salam Perjuangan 

"Cuba awak bagitahu saya kenapa awak nak jadi cikgu?" kata seorang fasilitator

"Sebab saya nak jadi guru? kita tengok sendiri macam mana masalah sosial yang berlaku dalam kalangan anak muda sekarang, semakin menyakitkan. jadi saya rasa terpanggil dengan penuh tanggungjawab melihat mereka, dan melalui wadah inilah saya rasakan sesuai untuk saya berkhidmat dalam membendung permasalahan yang berlaku. kita xperlu untuk menunding jari untuk menyalahkan sesiapa atas sebab yang berlaku sekarang, tapi ini adalah masa yang saya rasakan perlu ada pada diri seorang guru untuk memainkan peranan dan inilah tanggungjawab sebenar kita." agak panjang lebar guru pelatih lelaki itu membicarakan...

aku sekadar mengangguk, tanda setuju.. tika itu, aku memikirkan, adakah bakal guru yang dilahirkan kini memenuhi kriteria dalam membendung permasalahan yang berlaku dalam masyarakat? cukupkah mereka yang ada kini menjadi pendokong kuat bagi memainkan peranan sebagai agen perubah bagi masyarakat? ataukah bakal guru yang dilahirkan hanya sekadar bekerja kerana gaji, mendapat elaun, jaminan kerja untuk akan datang tanpa memikirkan permasalahan atau ujian dan mehnah yang bakal mereka hadapi dalam membina generasi harapan negara???

"Saya nak tanya saudara satu soalan, apa pendapat saudara tentang guru pelatih yang ada sekarang ini, adakah mereka yang bakal dilahirkan mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang serta melihat pada posisi yang saudara lihat sekarang dengan mempunyai rasa tanggungjawab untuk membendung masalah yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda sekarang? Agak2 berapa peratus dalam kalangan guru pelatih yang ada sekarang ini mempunyai rasa tanggungjawab sebegitu?" 

"Emm...apa yang saya lihat, kebanyakkan guru yang berkhidmat di maktab, mempunyai rasa terpaksa, masuk IPG atas sebab terpaksa dan dipaksa oleh ibubapa, elaun, jaminan kerja dan lain2 lagi. xada kesedaran, dan kemungkinan yang ada rasa tanggungjawab tu berada dalam kelompok yang kecil..itu pendapat saya. Sepatutnya, sebagai bakal guru, sudah semestinya pengharapan itu tinggi diletakkan pada pundak kita...cerminan guru itu adalah dilihat atas bagaimana anak2 didik yang bakal dilahirkan kelak." 


Bernas...rupanya ada lagi manusia yang berfikiran terbuka...dengan mengambil peduli isu2 semasa yang berlaku...dan bukan sahaja peduli, tapi BERAKSI!!!!

owh...kolotnya aku rasakan bila ada lagi guru2 pelatih yang tidak punya matlamat dengan misi dan visi yang jelas, mengapa mereka ditempatkan disini...kadang2 rasa geram! meluat! jijik! (sabar aisyah)  dengan masih memikirkan hal sendiri, keseronokan sendiri...aduh...sedarlah sahabat...kasihan aku melihat kamu...berubahlah...

hati...kadang2 tertewas..dengan nafsu...kerana lemahnya diri...Allah...tetapkan hati kami...kuatkan kami...kami sedar di depan kami bakal ditemukan dengan pelbagai lagi mehnah...pimpin kami...dalam membawa mereka untuk kenal siapa ENGKAU YA ALLAH...

ANDA BERANI???

INGIN BERAKSI???

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK TUNJUKKAN KEPEDULISME KITA...

DENGAN MEMBERSIHKAN DIRI....!!!

mood: dalam kecewa...Allah semaikan rasa cinta...CINTA??? cintakan perjuangn yg ditinggalkan Rasulullah saw...(^_^)V

0 kata-kata sokongan: