Assalamualaikum dan Salam Perjuangan
Alhamdulillah sudah sampai ke bulan Ramadhan...
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Sememangnya bulan Ramadhan ini satu bulan tarbiyah buat kita semua untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Kekuatan yang kita kumpul pada bulan Ramadhan menjadi pemangkin segala gerak kerja kita pada 11 bulan akan datang. 11 bulan yang berikut adalah bulan untuk kita muntahkan segala isi-isi dan bulan Ramadhan inilah bulan untuk kita isi semula ke dalam perut kita makanan-makanan dan bekalan-bekalan kerohanian untuk memberi kekuatan. Ibarat gergaji yang tumpul, kita asahkan semula agar ianya dapat berfungsi dengan sebaiknya pada masa yang mendatang.
Alhamdulillah sudah sampai ke bulan Ramadhan...
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Syukur kepada Ilahi atas kurniaan usia dan nafas sehingga ke hari ini kepada hamba untuk menjalani ibadah puasa dan selawat serta salam buat junjungan tercinta Rasulullah Qudwah dan kecintaan bagi kami.
Sememangnya bulan Ramadhan ini satu bulan tarbiyah buat kita semua untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Kekuatan yang kita kumpul pada bulan Ramadhan menjadi pemangkin segala gerak kerja kita pada 11 bulan akan datang. 11 bulan yang berikut adalah bulan untuk kita muntahkan segala isi-isi dan bulan Ramadhan inilah bulan untuk kita isi semula ke dalam perut kita makanan-makanan dan bekalan-bekalan kerohanian untuk memberi kekuatan. Ibarat gergaji yang tumpul, kita asahkan semula agar ianya dapat berfungsi dengan sebaiknya pada masa yang mendatang.
MENJADI HAMBA ALLAH
Mungkin kita pernah mendengar kata-kata:
Janganlah menjadi hamba kepada Ramadhan, tapi jadilah hamba kepada Allah. Mengapa dikatakan sebagai hamba kepada Ramadhan?
Cuba kita lihat di masjid atau surau, bulan ramadhan ibarat pesta ibadah. Segala perkara yang kita tidak pernah lakukan pada bulan selain Ramadhan, pasti kita penuhi pada bulan Ramadhan. Tadarus, Solat Dhuha, Solat Sunat Rawatib,pakai tudung labuh, rajin ke surau atau masjid dan sebagainya. Memang diakui perkara ini adalah satu transformasi bagi 'orang-orang yang mendapat hidayah khusus pada bulan Ramadhan', namun, sia-sia sahaja andai berakhirnya bulan Ramadhan, kita masih meneruskan perkara sia-sia, tanpa istiqamah untuk melaksanakannya hingga akhir hayat kita. Tidak salah untuk kita meneruskan amalan-amalan yang kita lakukan, biarlah sedikit asalkan kita terus istiqamah melakukannya.
Firman Allah taala:
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Surah Al-Baqarah:183)
Sungguh cantik! ada pendahuluan, isi, dan penutup.
1) Pendahuluan, Allah menyeru orang-orang yang beriman, kenapa tidak manusia? kerana puasa yang diterima oleh Allah hanyalah puasa orang yang beriman sahaja.
2) Kedua, isi, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu. No compromise.
3) Penutup,agar kamu bertaqwa. hasil yang kita mahu
Lihat! Puasa itu sendiri membuahkan taqwa buat kita jika kita berpuasa dengan penuh keimanan. Mungkin ada sahabat-sahabat musykil, kenapa TAQWA yang kita kejar dan cari???
sebab TAQWA itu sendiri maksudnya adalah mengambil Allah sebagai pemelihara, pembenteng atau pelindung. Apabila sudah mempunyai pelindung, segala perkara negatif dan berbahaya tidak akan masuk, segala kejahatan akan terhalang. Kamu mahu??? JOM rebut pahala berganda-ganda dibulan Ramadhan..
Salam Ramadhan kareem buat semua umat Islam khususnya di bumi IPG KPI.
Jom jadi hamba yang BERTAQWA kepada Allah...



0 kata-kata sokongan:
Post a Comment