Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...berakhir sudah Minggu Introduksi Usrah 2010 (MIS) baru-baru ini yang khusus dianjurkan khas buat adik-adik semester 1 program PPISMP. Selama seminggu program berjalan, pastinya ada terselit ujian dari Allah, kerna itulah sunnatullah dalam kehidupan yang telah dijanjikan Allah, yang diuji pasti disayangi... Namun apalah sgt secebis ujian itu jika nak dibandingkan dgn pejuangan Rasulullah dalam menegakkan kalimah suci "Lailahaillah..." pasti jauh panggang dari api. Dengan bertemakan "Mengakar ukhuwwah merimbun usrah" pastinya objektif utama ditekankan pada adik2 baru adalah berkenaan dengan USRAH, iaitu core bussiness bagi MTEN sendiri.
Pada pengamatan aku yang begerak sbg ajk+naqibah dalam MIS, aku melihat adik2 muslimat terutamanya kurang mengerti dan memahami tajuk ceramah yang disampaikan. Seolah-olah pembentangan yang dilakukan adalah kerana untuk memperoleh markah bagi kumpulan mereka. Tambahan berkenaan dengan kertas soalan kefahaman usrah, ternyata adik2 tidak dapat menjawab dengan baik. Namun, aku bukanlah meletakkan kesalahan pada bahu mereka. Tapi inilah tanggungjawab aku. Tanggungjawab untuk memberi kefahaman pada adik2 kerana hmpir 60% drpd mereka datangnya daripada sabah dan sarawak. Mungkin atas faktor kehidupan mereka, family background, membuatkan kefahaman mereka terhadap Islam sangat kurang. Dan aku ingin menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka. Cuba untuk memahami mereka, kerana mereka adalah mad'u aku...Sebagaimana sabda baginda saw yg bermaksud:
"Kalau seseorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, adalah lebih baik baginya daripada ia beri'tikaf selama sebulan di masjidku ini"
Akhir kata, moga segala usaha MTEN dalan menjayakan MIS kali ini akan dibalas setimpalnya oleh Allah SWT hendaknya..Segala yg baik itu daripada Allah dan yg kurang itu daripada kami, w/pn pd hakikatnya segalanya drpd Allah...Wallahua'lam...



0 kata-kata sokongan:
Post a Comment