BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 20, 2010

Subhanallah...indahnya ciptaanMU





Alhamdulillah...Syukur aku panjatkan kepada Rabbul 'Izzati yang telah memberi pelbagai nikmat kepada diri ini, untuk hamba terus melangkah menggapai keredhaanNYA yang pasti. Tidak dapat menggambarkan betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita kerana masih meletakkan kita semua dalam keadaan mempunyai Iman dan merasai kenikmatan hidup dalam Islam, kerana itulah nikmat terBESAR bagi setiap yang bergelar muslim. Tanpa Iman, manusia akan hidup terumbang-ambing, begitu juga tanpa Islam..Moga Allah terus memegang hati2 kita untuk terus berada pada jalan-NYA...Amin...

Baru2 ini, aku berkesempatan mengisi waktu mingguku dengan melawat Floria Putrajaya Flower and Garden Festival bersama2 sahabat2 sekelasku. Subhanallah...indah benar ciptaanMu...Pelbagai species bunga dan pokok dipamerkan dan ada juga gerai2 yang menjual pokok bunga dengan harga yang berpatutan. Dan ada juga terdapat bunga2 yang aku sendiri tidak pernah jumpa dan kenal, dipamerkan disitu. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk snapp gambar2 bunga tersebut.






Namun, dalam melihat dan mengamati keindahan ciptaan Ilahi, terselit juga beberapa adegan yang menyakitkan mata yang pastinya tidak perlulah untuk aku ceritakan..Menjadikan pemandangan yang indah bertukar kepada rosak...Allahuakbar....Jauhkanlah aku daripada perkara2 tersebut...


Jika dilihat pada bunga, pastinya ia lebih sinonim kepada wanita. Yang mana Allah menciptakan bunga itu cantik, indah, dan kebiasaannya menjadi hiasan di taman2. Begitu juga dengan penciptaan wanita yang pastinya indah, cantik dan menjadi perhiasan kepada dunia... Sesungguhnya sebaik-baik hiasan itu adalah Wanita Solehah. Layakkah aku Ya Allah untuk menjadi Wanita Solehah??? Koreksi dirimu Aisyah.....

Wallahua'lam...

0 kata-kata sokongan: