Wahai mujahidah, andainya pernah kau cuba didekati... ditagih janji dan kasih di hati... tenanglah dalam mentafsir yang sebaiknya.. dan ingatlah itulah ujian perasaan semata.. kerana janji yang ditabur ibarat tebu yang ditanam.. manis di bibir entah kan yang menunggu itu pahit nan getir.. indah di mata menutup segala nista dan dusta.. hingga kau tergoda oleh indah cinta dunia.. Wahai mujahidah, ingatlah perjuanganmu yang belum selesai.. apakah pantas kau sibukkan dirimu dengan cinta yang mungkin menipu.. apakah sanggup kau menduakan jihadmu hanya kerana kau dirayu cinta yang belum pasti menjadi milikmu.. fikirlah....renunglah.... kuatkan keazamanmu... dan sebaiknya jawapan yang bisa kau berikan ... ialah katakan "cintaku cinta bermatlamat" cintaku cinta bermatlamat... cintaku bukan hanya untuk saling merindui.. juga tidak hanya sekadar memenuhi fitrah insani.. kerana cintaku ini punya matlamat yang mesti aku cari.. punya misi yang wajib aku jalani.. aku bercinta hanya untuk mencari redha ilahi.. untuk meneladani salah satu sunnah nabi.. kerana darinya kuharapkan sebuah generasi.. menyambung mata rantai perjuangan Muhammad, insan yang disanjungi aku inginkan dari cintaku itu.. aku bisa mentarbiyah jundi yang tahu erti jihad pada hakiki.. bukan sekadar tahu, tetapi rela mengorbankan diri.. demi keinginan kembalinya khilafah islam di muka bumi.. cintaku cinta bermatlamat.. bukan cinta yang kosong tanpa sinar rahmat.. bukan cinta yang bisa mengundang murka Allah pada umat kerana letaknya cintaku itu biarlah di tempat yang tinggi.. bukan di tempat yang bisa ditabur duri fitnah yang menanti... bukan cinta yang hanya mengaku patuh syariat illahi.. padahal penuh dengan dosa dan perilaku keji.. apakah sudah kau lihat hakikat cinta ku yang tersirat? jadi, apakah kau masih menginginkannya? cintaku ini tidak semudahnya dapat kau miliki.. kerana cintaku ini bermatlamat... jadi,padanya juga aku letakkan syarat.. andai hatiku ingin kau miliki.. pastikan jihadku turut kau redhai.. andai diriku ingin kau rindui.. pastikan rindu syahidku akan kau izini.. andai akulah selama ini yang kau cintai .. redhakanlah Allah cintaku yang tertinggi.. andai kasihku yang kau dambakan selalu.. pastikan kasihmu turut pada agama dan pengorbananku.. kerana cintaku bukan untuk mencipta janji.. tetapi cintaku untuk mengota janji.. janji pada Illahi.. satu-satunya keredhaan yang aku impi.. andai kau masih ingin memiliku, harus kau terima segala yang turut bersamaku.. agamaku, jihadku, syahidku,persaudaraanku... dan paling utama Penciptaku.. itulah jawapan yang harus kau lontarkan.. andai dia benar-benar ikhlas tugas jihadmu juga akan setia bersama digalas.. andainya dirimu ditinggalkan hanya kerana syarat itu.. yakinlah dia bukan yang ditakdirkan untukmu.. bukanlah teman yang akan menemani jihadmu.. bukanlah insan yang sanggup mempertahankan agama peganganmu.. bukanlah mujahid yang sedia memburu syahid bersama-samamu... bukanlah pahlawan yang redha menitiskan darah demi perjuanganmu.. dan yakinlah 'teman', 'insan', 'mujahid' dan ''pahlawan' untukmu itu pasti akan datang mencarimu suatu hari nanti.. doakan sahaja Allah mempertemukan kamu berdua dalam genggaman takdirNya.. hanya Dia mengetahui apa yang sebaiknya untukmu wahai saudaraku..... yakinlah dengan sepenuh keyakinan..dan terimalah dengan setinggi keredhaan... 
Monday, October 11, 2010
Untukmu Mujahidah
luahan khazinatul asrar at 5:19 PM
Labels: cinta, jihad, perjuangan, wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment