BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

Ya Allah...amanah itu kekadang aku persiakan...


Salam Mahabbah buat semua sahabat...Syukur aku panjatkan pada Rabbul 'Izzati diatas segala nikmat yang diberikan sehinggakan kekadang hamba menjadi alpa dan leka dengan nikmat-nikmat tersebut...moga-moga Ya Allah, aku tergolong dalam kalangan hamba-hambaMU yang bersyukur... amin..tidak lupa selawat serta salam ditujukan khas buat junjungan terbesar nabi Muhammad, pembawa risalah kebenaran Allah taala serta sahabat-sahabat baginda, ahli bait seterusnya para mujahidin yang sentiasa dan tidak pernah jemu dalam mencurahkan seluruh hidupnya hanya semata-mata untuk berbakti pada Islam...moga roh jihad mereka sentiasa mengalir dalam jiwa kita..InsyaAllah...

Mengambil sedikit masa, setelah amali qiraat selamat berlangsung...alhamdulillah diberi kemudahan oleh Allah juga diberi kekuatan untuk melakar sedikit buah fikiran pada Ceritera Sang Murabbi...Aku kira ini bukanlah tulisan berbentuk ilmiah, cuma perkongsian rasa dari hati dan jiwa yang di anugerahi perasaan oleh Yang Esa...Manusia, ditaklifkan oleh Allah untuk menjadi sang khalifah dimuka bumi dek kerana kelebihan memiliki akal fikiran berbanding makhluk ciptaanNYA yang lain...dengan akal fikiran, manusia mampu mentadir bumi dan seisinya dengan bantuan akal tersebut. Begitu juga dengan diri ini, yang ditaklifkan dengan amanah-amanah yang sememangnya bukanlah sesuatu yang ringan untuk dipikul. Sesekali aku bermonolog pada diriku, 'Bisakah aku pikul amanah itu dengan sebaiknya...?' Namun, aku tetap menerima amanah tersebut...padahal bukan itu yang aku mahu...Jiwa meronta, tapi mulut mengiyakannya...kerana apa? mungkin inilah jawapannya:

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.....'
(surah Al-Baqarah: 286)

Bolehkah aku? tapi dalam memikul amanah yang diberikan, aku terasa kekadang aku persiakan amanah itu..ya Allah...berdosanya aku...perasaan bersalah sering menghantui diri...Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti mana yang telah Engkau berikan pada umat yang terdahulu dari kami...ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak kami terdaya..Maafkanlah kami, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami ya Allah...kerana kami tahu Engkaulah sebaik2 penolong bagi kami...

Aku mengharap untuk menggapai keredhaanMu dalam setiap perkara yang aku lakukan...dalam melangkah aku ingin Engkau sentiasa disampingku agar aku tidak terpesong dari Siratol Mustaqim...pimpinlah hambaMu ini Ya Allah...aku hanyalah faqir pada pandanganMu....Hanya Engkau sebaik-baik sandaran dan aku meletakkan segala kebergantunganku hanya kepada MU Ya Allah...Tuhan yang Maha Penyayang...amin...


Wallahua'lam...

0 kata-kata sokongan: