BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 15, 2010

Jadilah Al-Ghorib



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam mahabbah buat sahabat2 semua...
Apa khabar Iman sahabat2 semua?
Diharap terus Yazid
alhmdulillah...
syukur aku panjatkan terhadap Ilahi
dgn segala nikmat yang diberikan
juga peluang untuk kembali mencoret dalam ceritera sang murabbi...

Al-Ghorib...
itulah ungkapan
yg kita biasa dengar...
yg membawa erti "asing"

Asing yg bagaimana?

ketika orang lain sibuk ber'couple' dgn pasangan masing2
kita sibuk dengan Cinta Ilahi

ketika org lain sibuk dengan pakaian ketat yg mengikut trend
kita terus dengan pakaian labuh menutup aurat
kamu berjalan dihadapan mereka
mereka pandang dengan pandangan yang pelik...

ketika orang lain sibuk dengan alunan muzik sebagai penghibur hati
kita sibuk dengan zikir dan ayatul Quran sbg penenang jiwa

ketika orang lain penuh keseronokan berhibur di pusat2 hiburan
kita terus melangkah menuju masjid dan surau
untuk terus mengecap keindahan berjemaah

jangan pernah merasa pelik...andai ini yang kita rasa..andai ini yang kita nikmati...
sungguh..sunatullah orang tidak ramai yang menyukai sesuatu yang baik...

kerna ingatlah janji Baginda saw melalui sabdanya:


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing" (HR Muslim)

maka beruntunglah kita menjadi yang A.S.I.N.G.....

itulah....al-Ghorib...
yang disebutkan oleh baginda dalam hadis tersebut adalah Ghuraba'
jamak kepada Al-Ghorib...


0 kata-kata sokongan: