
Salam maal Hijrah buat semua sahabat.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan yang dianugerahkan olehNya, sehingga hamba-hambaMu bisa benafas menghirup nikmat-nikmatMU... Allahurabbi
Bulan Zulhijjah kian melabuhkan tirainya, dengan memberi semangat serta azam yang baru buat seluruh umat Islam untuk membuka lembaran baru serta berHIJRAH kearah yang lebih baik...
Menyebut perihal hijrah dalam konteks hijrah baginda saw dan para muhajirin ke Kota Cahaya (Madinah), suka aku menyebutkan bahawa peranan yang dimainkan oleh remaja sepanjang proses hijrah ke Madinah dalam menjayakan misi baginda saw. Malah bukan sahaja dalam proses hijrah malah remaja pada zaman Rasulullah begitu bersemangat dan berkobar-kobar dalam berjihad menentang puak musyrikin di medan peperangan.
1) Saidina Ali k.a
Beliau dengan beraninya menyahut seruan baginda saw supaya menggantikan tenpat tidur baginda selepas baginda dan Saidina Abu Bakar r.a keluar daripada rumah baginda. Dengan helah tersebut telah berjaya menghampakan puak musyrikin dalam misi mencari baginda saw. Peranan Ali ini dilihat begitu tekad kerana keberaniannya terserlah kerana kecintaan yang begitu tulus buat baginda saw.
2) Asma’ binti Abu Bakar
Tidak berhenti hanya pada Ali, saudara Saidatina Aisyah r.a ini juga memainkan peranannya dalam penghantaran makanan kepada Baginda saw dan juga ayahndanya sementelah mereka berada di dalam gua thur. Asma’ inilah yang menjaga kebajikan makan serta minuman Baginda dan juga Abu Bakar walaupun ketika itu beliau juga sedang sarat mengandung.
3) Abdullah bin Abu Bakar
Putera Saidina Abu Bakar ini juga telah memainkan peranannya. Di mana beliau telah ditugaskan untuk menjadi perisik bagi mendapatkan maklumat tentang perancangan kaum musrikin. Pada siangnya beliau akan bersama-sama masyarakat musrikin Makkah dalam rangka mendapatkan maklumat-maklumat penting berkenaan perancangan jahat mereka. Manakala apabila tiba waktu hampir malam, Abdullah akan menuju ke gua thur untuk membentangkan apa yang telah beliau dapat daripada perisikan itu. Sebelum fajar menyinsing keluar, beliau akan bersiap-siap untuk pulang ke Makkah untuk mengelakkan puak musyrikin mengesan tingkah beliau.
4) Amir bin Fuhairah
Beliau adalah pembantu kepada Saidina Abu Bakar r.a. Tugas beliau adalah menghapuskan segala jejak kaki Asma’ dan juga Abdullah dengan menggunakan khidmat kambingnya. Dengan itu, puak musyrikin tidak akan dapat mengesan tapak kaki yang dituju ke gua tersebut.
Lihatlah betapa hebatnya strategi perancangan yang telah diaturkan oleh Baginda saw dalam rangka untuk mencapai misi dakwah baginda. Oleh kerana pertolongan golongan muda inilah yang telah mencetuskan satu transformasi yang hebat dalam dakwah hingga terpancarnya Islam sehingga ke hari ini. Kita renungkanlah bagaimana peranan yang di mainkan oleh setiap orang. Kerana jelas matlamat mereka hidup ukanlah kerana diri mereka sendiri, tetapi mereka hidup adalah kerana Allah dan agama Islam tercinta..
“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.” (al-Baqarah: 218).
Itulah kekuatan pemuda, Bukan sahaja pra hijrah, malah pasca hijrah juga menampakkan peranan pemuda dalam pembinaan negara Madinah... Teringat aku pada kata-kata Bung Karno:
"Berikan aku 100 orang tua, akan aku goncang gunung Tangkuban, dan berikan aku 10 orang muda akan aku goncang dunia"
~Itulah kuasa pemuda...Ayuh pemuda pemudi! Ayuh Syabab dan Fatayat! Samalah bangkit menentang puak taghut dan kuffar dan bersamalah kita menjulang kembali agama tercinta kita iaitu Islam! Takbir! Allahuakbar!!!


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment