Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk hidup dalam islam dan iman…juga ucapan seinfiniti kesyukuran kepada Yang Esa kerana selesai menjawab ujian UAK tempoh hari…dan petang tadi ujian gerko…alhamdulillah..moga segalanya berakhir dengan baik.. ‘Aku ada Engkau, Ya Allah…’ Walaupun masa yang ada tidak mencukupi untuk mengulangkaji, tapi Allah sentiasa memudahkan urusan untuk aku dan sahabat-sahabat…Terima Kasih ya Allah… Bahagianya ada sahabat tatkala kita keseorangan… Bahagianya ada sahabat tatkala kita kesepian…. Bahagianya ada sahabat tatkala kita kekeringan iman… Bahagianya ada sahabat tatkala kita kurangnya semangat… Sebab kehadiran sahabat itu menjadi penguat kepada kita untuk menghirup hammasah agar sedupan itu meresap ke dalam saluran darah dan terus ke hati… Untuk semenjak dua ini, aku sering berhadapan dengan beberapa masalah yang melibatkan orang yang bernama ‘sahabat’…dan alhamdulillah…aku mengharap agar segalanya telah selesai… Bukan apa..sahabat..aku bimbang, bimbang nanti masalah ini akan membataskan gerak kerja kita dalam islam... atas dasar kefahaman yang jelas tentang agama yang kita bawa…ayuh kita buangkan segala yang keruh…dan ambillah yang jernih…berlapang dadalah dalam percanggahan pendapat… itu menjadi adat dalam sesuatu perbincangan… ayuh sama-sama kita bersatu dalam pemikiran untuk menuju kesatuan amal… ‘WEHDATUL FIKR WEHDATUL AMAL’ ~sayang sahabat kerana Allah~~~ Firman Allah: ‘pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (Surah Az-Zukhruf: 67)
Tuesday, May 10, 2011
~Semangat~
luahan khazinatul asrar at 9:56 PM
Labels: diari perjuangan, sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment