BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 21, 2011

Kepimpinan





Hadis Rasulullah saw: 'Wahai Abd Ar-Rahman! Janganlah engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau di bebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)


(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)


Mungkin ramai dikalangan kita pernah mendengar kisah yang berlaku pada Abu Dzar ketika mana beliau meminta jawatan kepada Baginda Rasulullah saw.. Namun ketika itu, jawab Rasulullah: 'ini adalah amanah...'

Ya..taklifan itu satu amanah...dalam menerajui kepimpinan tidak kira dalam sesebuah organisasi hatta dalam kelas sekalipun, mahupun dalam keluarga, akan diletakkan ia sebagai satu amanah..akan dipersoalkan oleh Allah kelak dan kita perlu ingat akan tujuan kehadiran kita dalam muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah..mentadbir bumi dan seisinya...iaitu sebagai pemimpin..

'Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab keatas kepimpinan kamu..'

Seringkali kita menunding jari kepada pemimpin kita terhadap masalah yang berlaku disekeliling kita...namun pernahkah kita cuba bertanya kepada diri apakah yang dapat sama-sama kita sumbangkan dalam menjayakan kepimpinan mereka...itu adalah kesilapan yang sering kita lakukan. Meletakkan sepenuh tanggungjawab amar makruf nahi mungkar kepada sang bergelar pemimpin sahaja. Walhal tanggungjawab itu terletak ke atas pundak semua yang bergelar MUSLIM..

Terkesan dengan tinta Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam ruangan akhbar harakah yang bertajuk panduan pimpinan menghadapi cabaran..bermula dengan muhasabah diri----> menyucikan hati----> sahsiah terpuji----> timbul sifat Al-amin----> kepercayaan rakyat----> Syariat Islam berdiri----> Daulah islam

Penangan sahsiah seorang bergelar pemimpin itu merupakan aset terpenting dalam menyebarluaskan pengaruh dakwah Islam. Sebab itulah kita mempunyai qudwah yang agung untuk dicontohi, iaitu Nabi Muhammad saw yang digelar sebagai Al-Amin walaupun ketika itu masih belum bergelar pemimpin. Tambahan, sahsiah yang terpuji menjadi aset bagi pemimpin untuk mencapai matlamat terbesar iaitu kemenangan ISLAM...kita perlu ingat orang ramai akan sentiasa melihat pemimpin itu melalui 'teropong pembesar' ....

Disini digariskan beberapa sifat dan akhlak yang perlu ada pada seorang pemimpin:

1. Orang yang mengharapkan akhirat,ikhlas kerana Allah
2. Mempunyai akal yang waras
3. Berlemah- lembut
4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli
5. Benar
6. Tawadhu' dan tidak meninggi diri
7. Mudah memaafkan dan menahan kemarahan
8. Menunaikan janji dan perjanjian
9. Sabar
10. Suci diri dan mulia
11. Wara' dan zuhud
12. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri
13. Jauhkan dari mengungkit dan bercakap tentang diri sendiri
14. Jauh dari perkara yang diharamkan Allah
15. Lapang dada serta tidak mendengar cacian dan umpatan
16. Keazaman dan tawakkal, serta tidak teragak-agak
17. Pertengahan dan seimbang dalam semua urusan
18. Teguh bersama dengan kebenaran tanpa berganjak
19. Jauh dari sikap terlampau yakin dan tidak yakin

~Jalan Dakwah: antara Qiyadah dan Jundiyah~



0 kata-kata sokongan: