BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 2, 2012

Berkongsi

Salam Perjuangan

malam ni rasa mahu menukilkan sesuatu. Saya pun pelik dengan perubahan diri. sebelum ni post saya jarang-jarang saya kongsikan tentang peribadi. tapi saya teringat pada kata-kata seorang sahabat saya yang sangat saya cintai:

"Blog ni kadang-kadang menjadi satu terapi bagi saya"

wah..bila fikir-fikir semula ada betulnya..tapi saya jenis yang sangat susah nak berkongsi dan meluah apa dalam hati. Apatah lagi nak berkongsi dengan semua hal peribadi dalam blog ni. Hari demi hari saya mula terpengaruh dengan tabiat ini...Saya hanya berharap post-post saya menjadi manfaat pada diri saya serta para pembaca agar ia akan menjadi pemberat AL-MIZAN di akhirat kelak..amin.

Berbalik pada soal tadi, akhirnya saya membuat satu kesimpulan...

Hati ini kadang-kadang mahu saja meluahkan isi hati pada manusia...
Tapi aku cukup malu untuk berkongsi dengan mereka...
Bimbang pada diri akan membuatkan mereka tidak tidur lena...

lantas aku mengumpul kekuatan...
demi sebuah perjalanan yang aku sendiri tidak pasti penghujungnya...
Aqidah yang suci ini...
aku semakin yakin...
pada Yang Maha Mendengar segalanya...

Rupanya...kita semua ada Pencipta yang Maha Hebat untuk mendengar luahan hati kita...
cukuplah untuk berharap pada Allah sahaja...
dan kita sendiri akan rasa ketenangannya...

MASALAH....SAYA ADA ALLAH YANG MAHA BESAR!!!


0 kata-kata sokongan: