BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 24, 2012

Lamaran

Salam perjuangan

Alhamdulillah wa Syukrulillah...

masih diberi kesempatan untuk bernafas dalam ruh Islam dan Iman...

'awak, apa perasaan awak apabila mendapat lamaran perjuangan?'

erkk...membisu...

.............................



baru-baru ni, lepas sahaja bertautan hati dengan 'keluargaku' ada satu soalan terus meluru laju..bukan soalan pun, tapi satu perkongsian seorang yang aku gelarkan sebagai 'adik', menyatakan perasaan gembiranya apabila rasa seperti 'hidup kembali' dengan usrah yang dulunya seperti 'hidup segan mati xmahu'.... yang tiba-tiba rasa seperti ada sebuah 'lamaran perjuangan' yang sedang menanti....Alhamdulillah, masih hidup jiwa-jiwa yang cintakan perjuangan Rasulillah... yang terasa hidup dengan memperjuangkan diri, waktu, jiwa, raga, wang ringgit dan sebagainya untuk tujuan Islam tercinta..walaupun dengan berhalaqah ini, walaupun dengan batu-batu kecil ini,walaupun nampak kecil,tapi, mungkin satu hari nanti ia akan menjadi pelengkap kepada terbinanya sebuah bangunan kukuh yang dimiliki oleh Islam...dan Ia mungkin PERMATA yang bernilai buat Islam...insyaAllah...

dan persoalan itu, aku cuba ajukan pada diriku sendiri...apa perasaan saya apabila saya dilamar oleh perjuangan?? 

terasa malu sendiri dengan pertanyaan itu. Malu dengan dosa-dosa dalam diri, malu dengan kekurangan ilmu dalam hati, malunya pada diri yang selalu kurang dalam memberi...malunya dengan sikap diri dan bermacam-macam lagi rasa yang tidak layak untuk menerima lamaran ini. kerana yang menghulur lamaran itu bukanlah calang-calang...malah lamaran itu terjawab bersama dengan bebanan lafaz bai'ah yang kita janji dengan Rabbi. 

Aku tahu lamaran ini bukanlah lamaran yang saja-saja

Aku tahu lamaran itu bukanlah lamaran yang sia-sia..

Aku tahu aku sudah cukup bersedia...

aku tahu aku memang bukan yang sebaiknya...

Namun, aku tahu, aku adalah anak panah Islam...



'Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.' (surah as-saff:10-11)


Allah...benarlah...risikan lamaran itu rupanya membuahkan penghujung hidup bahagia yang abadi di negeri akhirat sana...

Aku terima lamaran itu demi agama yang ku junjung ini....

0 kata-kata sokongan: