BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 9, 2013

Himpunan

Salam perjuangan

Alhamdulillah
segala pujian hanyalah layak pada Allah taala
selawat serta salam buat junjungan Agung nabi Muhammad saw
yang menjadi Qudwah bagi kami

petang tadi
time berusrah dengan group WG
ayah saya tiba-tiba telefon

ayah: "Assalamualaikum cah"  
saya: "waalaikummussalam ayah"
ayah: "ade kat mane tu?"  
saya: "ade kat bilik ayah,dengan kawan2 usrah"
ayah:  "owh... ayah ingat ade kat perhimpunan di Kelana Jaya"  
saya: "hah? doplaa, ade di maktab ni"
ayah: "jangan pergila ya perhimpunan tu..ayah bimbang"
saya: "eh, xpegila ayah..insyaAllah"
ayah: "ade surat sampai kat rumah ni...katanya kete TAX 7172 dapat surat sebab pernah berlegar-legar di sekitar putrajaya baru-baru ni"
saya: "hah? biar betul ayah? ye ke dop?"
ayah: "yela ni.."
saya: "ayah nawokk...tak kanlah sampai surat sebab berlegar-legar di sekitar putrajaya je? kalu royak gi perhimpunan boleh tahan gop"
ayah:  "hehehe...gurau je"
saya: "agok doh.."
ayah : "lepas ni nak pergi mana-mana WAJIB bagitahu ayah dulu. ayah akan pertimbangkan cah boleh pergi ke dok"
saya: "perghhh...insyaAllah..."

..................................................

Saya pun terfikir...
bile BN dapat kuasa lagi
mesti tiada lagi kebebasan untuk berpendirian 
bagi anak muda seperti saya 

Bukanlah pergi himpunan itu sekadar untuk melepaskan rasa geram kita pada pemerintah yang korupsi tapi ia satu pendirian seorang mahasiswi yang mahukan kebebasan dalam memilih... mengapa kita duduk dalam negara yang demokrasi tapi seolah-olah terpenjara dalam demokrasi ciptaan manusia yang bersifat kuku besi. Bila duduk lepak di kampung-kampung, makcik-pakcik yang selalu disua dengan 'gula-gula' selalu pesan, "mung tu dok sedor ke diri, besor-besor pong nok tentng kerajaang hok bagi mung macam-macam. Boleh belajor sapai ke universiti ni pung atah kerajaang blake hok wi, kalu dok, mung xhidup senang macam ge lening." Kata saya: Allah mokcik, rezeki kita bulih berjaya semua di tangan Allah..bukang kerajaang. Sedih dengan keadaan yang berlaku, realiti masyarakat Malaysia yang sukar untuk dibuangkan sentimen bahawa 'merekalah' yang boleh memberikan 'rezeki' kepada kita, yang boleh bagi kesenangan kepada kita. 

Tapi saya tidak sesekali takut
dengan pilihan saya
bahawa saya yakin
pilihan untuk terus mendaulat, memelihara
keizzahan islam ini
terus hingga akhir hayat saya..

teringat pula kisah ke rumah cikgu Razak
tempoh hari
berbahas dengan cikgu yang tidak habis-habis
memercikkan isu perkauman DAP, PAS dll
kami hanya mampu tersenyum..
kami menghormati pendapat dan pendirian cikgu



dalam usrah hari ini pun
dengan sahabat-sahabat WG isu hangat PRU13
usrah dengan BULATAN GUMBIRA pun
PRU13

terus saya dapat ilham tadi
untuk usrah Kazoku saya
untuk menciptakan
sesuatu 'yang bermanfaat'
buat ummah...
sebab kami tidak mahu terus bersedih dengan kekalahan
kami mahu bangkit daripada terus terlena..
dengan dakwah tanpa henti
biarpun kecil...tapi ada 'nilai' di sisi Allah...
ameen..

nantikan kami...
KAZUKO TEAM..
(^__________^)V

~hidup berjiwa dai'e bermati Syahid!!!~

0 kata-kata sokongan: