BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 17, 2013

Usrah

Salam Perjuangan

Alhamdulillah
minggu ni ada sahaja cerita untuk dikongsi bersama

sinergi iman yang sering menjengah diri
dengan hadirnya jiwa-jiwa yang cintakan Allah dan Rasul
disekelilingku

punya adik-adik yang berjiwa besar
sahabat yang sering menyuntikkan semangat perjuangan
semuanya bertemu atas tiket USRAH

ya...USRAH
pertama kali ditarik ke Usrah adalah ketika menuntut ilmu di bumi Tarbiyah
SMA(A)SZA, kemudian usrah di matrikulasi
yang banyak membentuk fikrah saya
terima kasih buat ummi selaku naqibah saya
yang sering memberi inspirasi kepada saya


di sebelah kanan itu umi saya
Fauziah md sharif namanya =)

dan..di sini
sekarang...
menggalas amanah sebagai naqibah
kepada adik-adik yang sangat osem

Alhamdulillah


moga dengan anugerah ini
akan lebih memotivasikan diri saya
dan ahli usrah
untuk sama-sama membahu
dan bertanggungjawab 
untuk mengUSRAHkan Islam yang syumul

Khas juga buat naqibah saya
pertama di IPG KPI

kak hajierah (kak ji) dan kak lah



kak ummi
kak fadhilah

yang tegas+lembut+sabar dan sudah tentu
penyayang kepada saya








ini sebahagian daripada mereka

realiti menjadi naqibah
bukanlah suatu yang mudah
ibarat menjadi ibu, kakak, teman dan sahabat
kepada mereka
menyentuh hati yang kadang-kadang tidak terjangka
mengharapkan patah kata kita
bisa mengingatkan mereka
pada Sang Pencipta

doakan saya
moga dapat terus istiqamah
mendidik diri saya
dan mereka
untuk menjadi solehah dan muslihah
amin..

USRAH
~Untuk Semua Rasa Allah Hebat~

terima kasih ya Allah
atas anugerah mereka 
dalam hidup saya
sesungguhnya saya amat mencintai mereka 
keranaMU

jagakan mereka untuk saya ya Allah
moga Iman mereka sentiasa 
diperlihara
amin..

0 kata-kata sokongan: