BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 25, 2013

Saya ingin mati syahid!

Salam perjuangan

kagum saya
pada rakyat Mesir
jiwa mereka besar
sanggup korbankan jiwa
untuk menentang kezaliman
mendapatkan kebebasan
menuntut hak menurut perundangan
memperjuangkan demokrasi yang sekian lama ditidakkan
oleh rejim yang tamak haloba

sedih...sebak...pedih
saban hari kita disajikan dengan pertumpahan darah
rakyat Mesir 

namun...
mereka jauh lebih beruntung berbanding saya
syahid tersenyum dengan tawaran dari Rabb
bahawa darah mereka tetap mengalir
sebagaimana 
tetapnya mengalir sungai NIL
untuk menyuburkan bumi mesir
begitulah jiwa mereka

bertambah kagum saya dengan para wanita di sana
menggendong anak-anak kecil
di barisan hadapan melawan kezaliman
bersama-sama untuk memahamkan anak kecil
tentang erti perjuangan menuntut kebebasan
tanpa menghiraukan bahawa 'aku akan mati'
tapi jiwa yang meronta untuk syahid
terus merasuk untuk berdiri dan berlari
agar si kecil itu kelak
memahami perjuangan menuntut kebenaran itu
perlu dipertahankan untuk mereka 

bukan sahaja melahirkan, mengasuh dan mendidik
tapi tugas mereka lebih dari itu! 

Saudara-saudariku di Mesir...
kalian beruntung!
ibu ayahku di Mesir!
kalian bertemu Pencipta dengan kesyahidan!
aku cemburu
aku jua ingin syahid bersama kalian..

namun, perjuangan kita berbeza
di bumi yang berbeza
aku mengambil inspirasi dari kalian
juga untuk syahid dalam kerahmatan dari-Nya

Perjalanan kita masih jauh...
untuk kemenangan Islam
Terima kasih atas inspirasi ini
semoga aku tetap istiqamah
hingga akhir hayat...
amin...

Pray4Egypt

p/s:jangan lupa tembak doa setiap kali solat untuk saudara kita di sana..


0 kata-kata sokongan: