Salam perjuangan
“Wahai anakku,” Ibrahim memanggil anak kesayangannya,
Ismail, “sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu…”
berat hati…
setelah sekian lama anak itu ditinggalkan berjauhan dari
dirinya, diuji membesar di tengah padang pasir yang panas pula, tiba-tiba
arahan seberat itu datang menguji dirinya.
Namun, Ibrahim harus memilih…satu antara duanya!
Ketika inilah kekuatan tawakal dan pergantungan kepada Allah
menjadi amat tinggi..
Ada perkara yang diputuskan oleh Allah mungkin tidak menepati
jiwa manusiawi Ibrahim, tetapi dituruti juga kerana keyakinan dan penyerahannya
yang mendalam kepada Allah s.w.t.
Kekuatan didikan dan legasi cinta yang diberikan kepada
anaknya, Ismail amat bermakna. Kekuatan mencintai Allah itu lebih utama. Sehinggakan
Ibrahim menemui jawapan ini daripada bibir Ismail yang dicintainya.
“wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah engkau
akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.” kata Ismail
Dan akhirnya…kecintaan mereka menemui pengorbanan
Berkorban kepentingan diri sendiri demi mengutamakan
kepentingan Allah.
Begitulah kita Teman-temanku
Antara bangun menunaikan solat Subuh dengan meneruskan tidur
dalam pelukan selimut?
Antara melakukan hijrah ke arah kebaikan dengan terpengaruh
terhadap tohmahan dan perlian kawan-kawan lama kita?
Antara kesediaan mahu berubah dengan alasan yang banyak dalam
diri kita?
Yang manakah kita bersedia untuk korbankan? Yang mana pula
kita bersedia untuk utamakan?
Semuanya kembali kepada asas cinta kita kepada Allah. Cinta
kepada Allah membuatkan seseorang itu memandang kehidupan dan masa depannya
dengan pandangan yang meluas dan mendalam.
Nah kawan-kawan, manual pengorbanan itu sudah dibentangkan oleh
Ibrahim.
Bagaimanakah kita?
Cinta mereka melahirkan pengorbanan untuk ummat dan agama.
Cinta kita pula melahirkan apa?
Kerehatan? Ketidakpedulian?
Muhasabah. Mari belajar dari Ibrahim dan legasi cinta yang
baginda tinggalkan.
Salam menuju PENGORBANAN!



0 kata-kata sokongan:
Post a Comment