Salam perjuangan
Salam Israk mikraj teman =)
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menabur benih di bumi Allah
pulangan puji-pujian dan syukur
kepada Sang Maha Pencipta
Allahu rabbi
cuti yang masih berbaki beberapa hari lagi ini
membawa saya untuk sentiasa mendekati
memahami, serta meneliti
isu-isu yang berlaku dalam 2,3 hari ini
isu posting, isu syiria, turki dll
bagaimana dalam sambutan israk mikraj ini
kita nak kaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku
saya bukanlah seorang penganalisis
isu semasa yang tegar
cuma mahu kita pandang
suatu sirah itu dengan sudut pandangan yang mampu untuk membuka
mata hati kita
agar mengimplimintasikannya
dengan suatu yang mampu memberi manfaat
pada kita dan ummah
kata orang biar lebih membumi
kata orang biar lebih membumi
israk dan mikraj bukan hanya sekadar
cerita bermusim untuk menggamit rasa muhasabah
pada diri kita
malah ianya sering diulang-ulang
dengan hanya bentuk perjalanan baginda pergi dan balik
rupanya, disebalik ibrah israk dan mikraj
terdapat banyak perkara
yang dapat diambil
bagaimana penghormatan yang diberikan
pada masjid Al-Asqa dalam sirah israk ini
menjadi tempat persinggahan baginda
sebelum ke pohon sidratul muntaha
kenapa masjid Al-Aqsa?
itulah yang menjadi rebutan puak yahudi
dengan umat islam kini
dan kewajipan kita untuk terus pertahankan
baitul maqdis
dan membebaskan Palestin
diceritakan juga ibrah
daripada orang-orang beriman yang bercucuk tanam (berjihad)
yang mendapat pahala gandaan
sebanyak 7000x ganda
masya Allah..
tidak mahukan kita bercucuk tanam juga?
Patutlah umat-umat Palestin
tidak pernah berhenti untuk berjuang
kerana mereka telah pun dahulu
meneliti kisah israk mikraj ini
serta mengambil ibrah daripadanya
Sabda Baginda saw:
"Sekumpulan daripada kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka yang orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya: "di manakan mereka wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "di baitul maqdis dan sekelilingnya"
jangan jadikan kisah sirah itu
sebagai suatu yang statik
tanpa kita sentuhnya dengan
ibrah-ibrah yang mampu
menyuntik mata hati kita
.jpg)


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment