Salam Perjuangan
Pilihan…
Dalam
hidup yang penuh dugaan ini
Kita
sering berhadapan dengan pilihan..
Ya..pilihan
yang pelbagai untuk kita pilih
Sama
ada pilihan itu membawa kita
Kepada
kebahagiaan atau kemurkaan Allah
Maka
begitu juga dengan diri saya
Pilihan
yang dibuat
Walaupun
laluannya penuh cabaran, perit, letih dan melelahkan
Namun,
ia amat membahagiakan saya
Mententeramkan
jiwa yang lara
Mengasyikkan
darah jiwa pemuda
Kerana
apa saya membuat pilihan ini?
Kerana
atas dasar tanggungjawab
Bahawa
hidup ini kita tidak boleh persiakan
Saya
juga terkadang tidak tahu
Bagaimanakah
penghujungnya pilihan saya ini
Namun,
doa dan doa itu
Telah
membawa saya menemui kekuatan
Untuk
membuat pilihan
Saya
merenung firmanNYA yang bermaksud
“Hai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah)
yang mendekatkan diri kepada-NYA, dan berjihadlah pada jalan-NYA, supaya kamu
mendapat keberuntungan”
(Surah Al-Mai’dah: 35)
(Surah Al-Mai’dah: 35)
Lalu, pilihan ini
telah membukan mata hati saya
Bahawa hidup
memerlukan teman disamping
Agar terasa nikmat
perkongsian
Dalam mendekatkan
diri kepada-NYA
Teman-temanku lillah
Aku memerlukan kalian
Untuk bersama-sama
berjuang dengan pilihan ini
Kerna pilihan ini
mungkin akan
Memberikan
ganjaran-ganjaran istimewa kepada kita
Di negeri ‘sana’ yang
abadi
Justeru teman-temanku
lillah,
Syurga yang abdi yang
didambakan itu
Mana mungkin kita
raih dengan senang-lenangnya kita
Malah..
Ia memerlukan
tadhiyyah yang cukup tinggi
Buat kita semua
menebus
Hakikat Syurga yang
diidami..
Sirru ‘ala barakatillah


0 kata-kata sokongan:
Post a Comment