Salam Perjuangan tentera Allah
1. Modul Tarbiyah Ruhiyah
Ibadah puasa berperanan sebagai sarana Tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa), di mana orang berpuasa, selain menahan diri daripada makan dan minum, juga dituntut untuk mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (muttafaq 'alaihi)
2. Modul Tarbiyah Ijtima'iyyah (Pembinaan sosial)
Memupuk sifat kebersamaan pada bulan Ramadhan bukanlah suatu yang asing lagi sehinggakan orang yang berkemampuan dan kaya turut dapat merasai apa yang telah dideritai oleh fakir miskin. Oleh sebab itulah kita disunatkan bersedekah sesama kita.
3. Modul Tarbiyah Khuluqiyyah (Pembinaan Akhlak)
puasa mendidik seseorang untuk memiliki matinul khuluq (akhlak yang mantap). Rasulullah pernah bersabda, orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk. Sabda baginda saw:
"Apabila seorang daripada kamu berpuasa, janganlah dia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah: Aku ini sedang berpuasa" (HR Bukhari & Abu Daud)"
4. Modul Tarbiyah jihadiyyah
Bulan puasa ini banyak mengingatkan kita pada beberapa siri kemenangan besar dalam peperangan Islam. Antaranya adalah perang badar dan penaklukan kota mekah pada zaman Rasulullah, pembukaan kota andalus yang dipimpin oleh Tariq in Ziyad, peperangan 'ain jalut menentang tentera Monggol. Disini kita mahu lahirkan para rijal (Pemuda pemikul Tanggungjawab) yang tsabat di jalan jihad-Nya.
5. Modul Tarbiyah Jasadiyyah
Bukan hanya ibadat yang memerlukan pengendalian hawa nafsu, namun juga mmerlukan qawiyyul jism (kekuatan fizikal). Oleh kerana itu, puasa tidak diwajibkan keatas orang yang mempunyai rukhsah di mana mereka mempunyai kesihatan yang tidak optimum, seperti orang tua yang uzur, sakit, wanita yang hamil, sedang bermusafir.
Jum, letakkan matlamat kita untuk lulus dengan cemerlang dengan Ijazah seorang mukmin yang BERTAQWA. Usah kita menjadi hamba kepada Ramadhan.. InsyaAllah!
Sampaikan kami ke bulan Ramadhan ya Allah..



0 kata-kata sokongan:
Post a Comment